SERBA-SERBI LINK

Jumat, 27 April 2012

Ijab & Kabul

Majlis Ijab Kabul adalah
saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah!
Termeterailah ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun
terpikul dibahu.
Amanah yang besar perlu dilaksanakan.
Sebelum Majlis Ijab Kabul dilaksanakan, amatlah
berharga dan penting
bakal suami isteri mengetahui tentang pengertian dan
syarat-syarat
yang terkandung dalam Pernikahan.
AKAD NIKAH
Pengertian Nikah
'Nikah' bererti berkumpul menjadi satu. Seperti
perkataan orang Arab
'tanaakahat al-asyjaru' (pokok itu saling bernikah)
apabila mereka
melihat pokok condong satu sama lain dan berkumpul.
Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad
yang mengandungi
kebolehan untuk melakukan persetubuhan dengan
menggunakan
lafaz 'nikah' (menikahkan) atau lafaz
'tazwij' (mengahwinkan). Menurut pendapat
yang lebih sahih, kata nikah itu secara hakiki bermakna
'akad' dan secara majazy
bermakna 'persetubuhan'.
Rukun Nikah
Rukun nikah ada lima:
1. Ada calon suami yang sudah tertentu.
2. Ada calon isteri yang sudah tertentu.
3. Mesti ada wali
4. Ada dua saksi.
5. Ijab dan kabul.
Syarat-syarat Suami
1. Islam.
2. Suami mesti orang yang halal nikah dengan
perempuan yang akan
dinikahinya.
3. Calon suami mesti nyata seorang laki-laki.
4. Suami mengetahui dan mengenal nama perempuan
calon isterinya dan
mengenal nama ayahnya.
5. Suami bukan di dalam ihram. Sama ada ihram haji
atau ihram umrah.
6. Calon suami tidak mempunyai isteri lebih empat
orang ketika menerima
kabul.
Syarat-syarat Isteri
1. Calon isteri mestilah perempuan yang halal nikah
dengan calon suami.
2. Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram.
Sama ada ihram
haji atau umrah.
3. Calon isteri nyata tidak punya suami (bukan isteri
orang).
4. Calon isteri sudah tentu orangnya.
5. Calon isteri nyata seorang wanita.
Syarat-syarat Wali
1. Islam.
2. Laki-laki.
3. Baligh.
4. Berakal sihat.
5. Atas kemahuan sendiri.
6. Adil (tidak fasik). Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Nikah
tidak sah kecuali dengan adanya wali yang mursyid
(adil)".
7. Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram
haji atau umrah.
Selain ada wali, nikah juga memerlukan dua orang
saksi. Wali menikahkan
(mengijabkan) dan saksi menyaksikan pernikahan itu.
Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: "Tidak sah nikah kecuali ada
dua orang saksi
yang adil, nikah yang tidak demikian (tidak ada wali dan
dua orang saksi)
adalah batal".
Syarat Saksi
1. Islam.
2. Laki-laki.
3. Berakal sihat (tidak gila).
4. Dikehendaki yang sudah baligh.
5. Dapat melihat (tidak buta)
6. Dapat mendengar.
7. Merdeka (bukan hamba abdi).
8. Dapat bercakap.
9. Saksi dikehendaki dapat memahami ijab dan kabul.
10. Saksi hendaklah bukan orang yang boleh menjadi
wali bagi
siperempuan yang akan nikah.
11. Adil (tidak fasik).
Ijab Dan Kabul
Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada
pengantin perempuan
yang dinakahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh
lafaz (sighah)
ijab: "Saya nikahkan engkau dengan anak saya
bernama ......... binti ...... dengan maskahwin
sebanyak .... tunai".
Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki
selepas wali
mengucapkan ijab. Contoh kabul: "Ku terima nikahnya
dengan maskahwin
...... tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang ,
sebutkan
jenis atau nama barangnya.
Syarat-Syarat Ijab Kabul
1. Ijab mesti menggunakan lafaz 'ankahtuka' (aku
nikahkan engkau)
atau lafaz 'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau) tidak
boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya:
"Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-
lain".
2. Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki
dengan
segeranya.
3. Ijab dna kabul hendaklah didengar dan difaham oleh
dua saksi.
4. Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan
pada sesuatu
kejadian). Contohnya: "Bila anak perempuanku telah
ditalak dan habis
masa iddahnya, maka sungguh saya kahwinkan dengan
engkau".
5. Ijjab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya
si wali berkata:
"Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam
masa 10 tahun".
Nikah semacam ini tidak sah sekalipun dalam masa
yang sangat panjang, kerana
terjadi seperti nikah Mut'ah.
6. Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak
perempuan yang
dinikahkan. Tidak boleh dengan lafaz: "Kunikahkan
engkau dengan salah
seorang anak perempuan saya". Ijab semacam ini batal.
Mahar
Mahar (maskahwin) adalah harta yang diberikan oleh
pihak suami kepada
isteri di waktu nikah. Maskahwin boleh diberikan di
waktu akad nikah
atau selepasnya. Pemberian maskahwin adalah wajib
bagi suami tetapi
ianya tidak menjadi rukun nikah. Akad nikah sah
walaupun tanpa menyebut-
nyebut masalah maskahwin, tetapi sunat disebutkan
pada waktu akad nikah.
Kadar Maskahwin
Tidak ada ketentuan berkenaan dengan besarnya
maskahwin. Kedua belah
pihak boleh menentukan sendiri banyaknya maskahwin
mengikut kemampuan calon
suami.
Dalam Islam digalakkan agar maskahwin itu seringan
mungkin kerana
itulah yang terbaik.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebaik-baik
wanita adalah yang paling ringan maskahwinnya."
Pada hadis lain disebutkan: "Maskahwin yang terbaik
adalah yang paling
ringan". Para ulama telah sepakat bahawa maskahwin
tidak ada batas
maksimanya, boleh berapa saja asalkan dapat
dirunaikan oleh suami.
Namun begitu, keberkatan terletak pada keringanan dan
kemudahan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andaikan
seorang suami
memberi maskahwin kepada isterinya berupa makanan
sebanyak dua genggam
tangannya itu sudah halal baginya".
Ketika seorang sahabat akan berkahwin, namun tidak
punya apa-apa untuk
dibuat maskahwin, Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadanya:
Ertinya: "Cuba kau cari walaupun hanya sebentuk
cincin besi". (H.R.Muslim)
Betapa Islam sangat meringankan masalah maskahwin,
tujuannya agar
tidak menghalang seseorang untuk berkahwin. Semoga bermanfaat 'trmksh'

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tidak ada komentar:

Posting Komentar